ANIOSYME DD1 : Bahan Cecair Terbaik Untuk Membasmi Virus & Bakteria Berbahaya

Apa itu ANIOSYME DD1 ?

Sejenis bahan cecair yang digunakan di hospital dan pusat rawatan membasmi mikrogranisma berbahaya untuk semua peralatan yang telah digunakan dalam proses rawatan . Pengunaan Aniosyme DD1 adalah yang terbaik untuk membasmi virus dan bakteria dengan berkesan kerana mempunyai ciri “contact time” iaitu dalam jangka masa tertentu rendaman Aniosyme DD1 boleh membasmi virus atau bakteria secara total.

Begitu juga dengan Spa Bekam Ar Rayyan amat menitikberatkan aspek sanitasi kepada peralatan dan persekitaran rawatan bekam serta amat teliti tentang kebersihan juruterapi bekam dan semua pelanggan.

Kesemua peralatan rawatan bekam di Spa Bekam Ar Rayyan akan dirawat menggunakan Aniosyme DD1 untuk setiap kali proses rawatan dilakukan. Juruterapi bekam telah dilatih mengikut SOP dan tatakerja yang telah ditetapkan oleh pihak Spa Bekam Ar Rayyan.

Antara ciri-ciri dan kelebihan Aniosyme DD1:

1) Berkemampuan membunuh semua jenis virus dan bakteria berbahaya seperti H1N1, HIV, Hep-B dan lain2.

2) Cecair DD1 ini lebih meyakinkan. Direka khas untuk cuci alatan perubatan seperti alatan pembedahan

3) Telah terbukti berkesan dengan kajian yang dilakukan dan ianya telah banyak digunakan di hospital dan universiti di Malaysia.

4) Cecair DD1 ini telah mengikuti piawaian kebersihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) dan WHO.

5) Sebotol cecair DD1 ini mengandungi 1liter.

6) Boleh disimpan pada suhu 5’ - 35’c

7) Buatan Perancis

8) Sekali bancuhan boleh bertahan selama 8jam jika air bancuhan tidak dimasuki darah atau benda asing.

        

Cara dan kaedah menggunakannya:

1) Masukkan 25ml cecair DD1 dengan 5L air.

2) Rendam peralatan bekam / perubatan (dicuci bersih terlebih dahulu) selama 5 - 10 minit.

3) Bilas kembali menggunakan air bersih dan keringkan.

4) Larutan boleh digunakan sehingga 8 jam dan selama itu boleh diguna berulang kali sekiranya tidak tercampur sebarang bendasing.

 

Untuk lebih banyak info layari : www.spabekamarrayyan.com

 

Kongsi: