10 LANGKAH MENGHADAPI JEREBU

Antara langkah yang anda kena tahu untuk menghadapi jerebu yang semakin teruk di negara kita :

 

 

 

1. Elak akvititi fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu.

2. Dinasihatkan menangguhkan sebarang aktiviti fizikal di luar bangunan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

3. Banyakkan berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar (outdoor), gunakan penutup hidung dan muka atau topeng muka yang sesuai.

 

4. Tutup tingkap dan pintu bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.

5. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara seperti membakar sampah di kawasan anda.

 

6. Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan. 

7. Banyakkan minum air kosong walaupon tidak dahaga, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. 

8. Jika mampu, pasang alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/ air purifier) di rumah anda.

9. Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.

10. Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya berasa tidak sihat.

 

        Kesimpulannya, sebagai manusia kita seharusnya bijak menguruskan alam sekitar dengan berhemah demi manfaat semua hidupan di muka bumi ini. Rakyat Malaysia boleh memainkan peranan dengan tidak membakar sampah sarap secara terbuka. Kita juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti menyelamatkan alam sekitar dengan menanamkan tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan rumah. 

 

 

 

Kongsi: