Apa itu MICROSLEEP? PERINGATAN KEPADA PEMANDU.

 

Pernah tak anda mengalami keadaan di mana anda sedang memandu kereta tiba-tiba anda terlelap dalam masa yang sangat singkat, sedar-sedar kereta anda dah menuju ke arah lain. Keadaan ini dipanggil “Microsleep”.

 

Apa itu “MICROSLEEP” ?

 

Microsleep secara mudahnya boleh di definisikan sebagai tidur yang singkat. Ia tidak dapat dikawal dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh antara 2 ke 30 saat sahaja. Ingin saya tegaskan ia tidak sama dengan ‘napping. Perbezaan paling utama microsleep ialah satu perlakuan yang tidak disengajakan manakala napping adalah sesuatu yang dirancang. Ia biasanya diakibatkan oleh individu yang kepenatan tetapi masih mahu terus berjaga, memandu jarak jauh ataupun menggunakan komputer dalam jangka masa yang panjang. Contoh paling mudah ialah memandu di jalan yang lurus.

 

Cara mengatasi dan mencegah

 

Untuk mengatasi dan mencegah microsleep, kita perlu memastikan diri kita sudah mendapatkan tidur malam yang cukup dan berkualiti. Tidur yang cukup antara 7 ke 8 jam dan rehat yang cukup.

 

Berikut langkah-langkah yang kita lakukan untuk meningkatkan kualiti tidur yang betul di malam hari:

  • Hindari kafein dan alkohol menjelang waktu tidur. 
  • Pastikan suasana bilik tidur yang nyaman dan tenang.
  • Hindari aktiviti yang merangsang otak sebelum tidur.
  • Pastikan suhu bilik tidur nyaman.

Untuk menghindari microsleep ketika memandu, hendaklah sentiasa berhati-hati. Selain itu, kita juga boleh meminta bantuan kawan untuk bertukar tempat saat kita mengantuk semasa memandu atau berhenti di rehat dan rawat (RNR) untuk berehat seketika.

 

Harap berhati-hati ketika kita mengalami hal-hal ini ketika memandu:

  • Keluar dari jalur.
  • Berulang kali menguap.
  • Kelopak mata terasa berat.

 

Kredit :Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Health.kompas.com 

 

JOM BACA BAGAIMANA INGIN CAPAI AZAM TAHUN BARU

 

 

 

 

 

Kongsi: