Bagaimana Ingin Capai Azam Tahun Baru ?

Setiap kali masuk tahun baru mesti ramai yang meletakkan azam dan cita - cita untuk dicapai. Ada juga yang masih berusaha untuk mencapai target tahun lepas yang masih belum tertunai.

Tapi adakah anda tahu bagaimana cara nak menulis dan menetapkan setiap azam baru kita. Perkongsian tips daripada Fadzilah Faiz di media sosial beliau mengenai 5 tips cara menulis gol, matlamat dan azam tahun baru.

 

1. Menulis 9 Gol

Menulis gol atau matlamat untuk tahun baru bukannya sesuatu yang mudah. Anda perlu berfikir secara mendalam dan kemampuan anda untuk mencapainya. Untuk memudahkan anda menulis gol, anda perlu mendahului dengan perkataan kata kunci seperti saya nak “Mencapai” , saya mahu “Memiliki” atau saya “Mempunyai”.

 

Sebagai contoh anda ingin mempunyai simpanan wang tunai untuk tahun ini. “Aku ingin mempunyai simpanan RM10 000 pada hujung tahun ini”. Jadi kata kunci di sini adalah “Mempunyai Simpanan RM10 000” dan anda perlu pegang dan tanam kata kunci tersebut dalam benak fikiran anda dan berusaha untuk mencapainya.

Sekurang - kurangnya anda perlu menulis 9 gol mengikut keutamaan yang anda inginkan pada tahun hadapan.

 

2. SMART Gol

Langkah kedua adalah menulis ‘SMART’ gol yang setiap huruf dari perkataan S,M,A,R,T ini mempunyai maksud tertentu dan Smart Gol ini juga merupakan kaedah yang banyak membantu kita menulis gol dengan teliti supaya kita nampak ke mana arah tujunya gol tersebut.

 

S : Specific - Khusus

M : Measurable - Terukur

A : Achievable - Dapat dicapai

R : Relevant - Munasabah

T : Time based - Batas waktu

 

 

S: Untuk menulis gol secara khusus anda boleh mengeluarkan pertanyaan untuk setiap gol yang hendak dicapai seperti bagaimana, apa, siapa, kenapa dan di mana? Bagaimanakah cara aku nak simpan atau kumpul duit ? Nak buat apa dengan duit itu ? Daripada situ kita akan dapat menulis dengan lebih mendalam dan lebih menfokus kepada gol yang kita ingin capai.

 

M : Meletakkan anggaran dan ukurun untuk setiap gol menjadikan kita lebih berdisplin dan boleh nampak dengan jelas bilakah gol kita akan tercapai. Contoh anda ingin mempunyai simpanan RM10 000, sekurang-kurangnya setipa bulan perlu ada simpanan rm833.33 . Dari situ anda perlu menetapkan berapa jumlah simpanan anda perlu simpan untuk mencapai target anda.

 

A : Gol yang ditulis hendaklah mampu kita capai dan tidak terlalu sukar untuk dipenuhi. Untuk membuat gol yang mampu dicapai anda boleh bertanya pada diri sendiri “Bagaimana caranya aku nak capai gol ni?” dan dari situ anda boleh bayangkan apakah langkah demi langkah yang mampu dibuat.

 

R : Gol yang relevant ialah gol yang dianggap munasabah ataupun masuk akal yang boleh memberi kesan yang baik bukan kepada kita sorang tetapi pada orang lain juga. Apabila kita mempunyai target ataupun gol, kita nak ada orang lain yang boleh bagi dorongan supaya kita bersemangat untuk mencapai gol tersebut.

 

T : Kalau kita tau apa tujuan kita mensetkan sesuatu gol, biasanya kita akan menetapkan waktu bila gol tersebut disiapkan atau bila kita nak gol tersebut menjadi realiti supaya kita dapat fokus dalam menyiapkan mental, fizikal ataupun modal seawal yang mungkin.

 

3. Memilih 5 Gol

Selepas menulis 9 gol tadi dan sudah tahu cara menulis gol secara bijak (Smart goal), sekarang cuba anda pilih 5 gol dari 9 gol yang anda tuliskan tadi. Kemudian fikirkan secara mendalam gol apa yang akan memberi impak atau kesan yang sangat positif dalam hidup yang membuatkan  anda sangat yakin boleh mencapai gol itu nanti.

 

4.Garis Waktu

Selepas memilih 5 gol tadi, buatkan timeline ataupun garis waktu dengan menulis tugasan atau strategi dari awal bagaimana gol akan dilaksanakan sehinggalah ke tarikh akhir gol tersebut tercapai.  

 

5.To Do List

Dari contoh gol tadi, anda telah menetapkan untuk menyimpan RM10 000 setahun, anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya berapa sebulan. Tapi apa yang perlu dibuat untuk mendapatkan jumlah itu setiap bulan?

 

Dari sinilah to-do list boleh ditulis dan pastikan setiap tugasan diberikan jangkamasa berapa jam atau berapa hari untuk diselesaikan dan pastikan juga tugasan tersebut berkait rapat dengan gol yang ingin dicapai. Memberi jangkamasa atau daeadline untuk setiap to-do list ni bagi saya sebenarnya boleh membuatkan kita bertambah tak sabar dan bersemangat untuk mulakan sesuatu tugas.

 

Semoga bermanfaat dan berharap info pada hari ini dapat mengubah hidup anda menjadi lebih baik.

 

Kongsi: