Imunisasi Hepatitis B diberikan kepada semua perawat bekam di Spa Bekam Ar Rayyan.

Hepatitis B adalah sejenis penyakit hati yang disebabkan oleh jangkitan virus Hepatitis B. Ia boleh menyebabkan jangkitan sepanjang hayat serta boleh mengakibatkan cirrhosis, kanser, kegagalan hati dan kematian. Hepatitis B tidak mempunyai tanda dan gejala yang khusus.

 

Secara amnya individu yang telah dijangkit virus Hepatitis B boleh mengalami gejala seperti jaundis, keletihan, demam, sakit perut, loya dan muntah, sakit sendi, hilang selera makan dan air kencing berwarna gelap.

 

Seseorang boleh mendapat jangkitan Hepatitis B jika terdedah kepada darah dan cecair badan yang tercemar dengan virus Hepatitis B daripada individu yang telah dijangkiti Hepatitis B. Virus Hepatitis B boleh tersebar melalui sentuhan dengan darah dan cecair badan daripada orang yang dijangkiti.

 

Seseorang boleh dijangkiti melalui beberapa cara seperti transmisi melalui kecederaan akibat tercucuk jarum yang tercemar dan terluka akibat alatan tajam semasa bekerja.

 

Pada masa ini tiada rawatan yang khusus bagi penyakit Hepatitis B. Walaubagaimanapun penyakit Hepatitis B boleh dicegah dengan pemberian imunisasi Hepatitis B. Individu yang mendapat imunisasi Hepatitis B yang lengkap dan mempunyai seroconversion positif adalah dilindungi daripada risiko jangkitan Hepatitis B.

 

Perawat bekam juga antara golongan yang berisiko dijangkiti virus Hepatitis B disebabkan oleh skop kerja melibatkan suntikan darah dan lain-lain. Pihak pengurusan Spa Bekam Ar Rayyan amat menitikberatkan penjagaan dan keselamatan semua perawat bekam di seluruh cawangan. Suntikan imunisasi Hepatitis B  diberikan kepada semua perawat bekam seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

 

Imunisasi Hepatitis B akan diberikan secara percuma kepada semua perawat bekam setiap 2 tahun sekali kepada yang belum pernah mendapat imunisasi atau yang telah mendapat imunisasi tetapi tidak lengkap. Selain dapat menjamin kesihatan perawat yang mempunyai risiko terdedah kepada penyakit berbahaya.

 

 

Rujukan : UNIT KESIHATAN PEKERJAAN Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia

Kongsi: