Di kala virus novel corona menjadi isu hangat, ramai yang mencadangkan pengunaan nyahjangkit kuman (sanitiser/ antiseptic/ disinfectant). Kuman di sini merujuk kepada mikroorganisma iaitu makhluk tersangat kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti bakteria, virus, fungi dan protozoa (biasa yang jahat iaitu boleh menyebabkan penyakit).
Apakah itu ‘hand sanitizer’?
Hand sanitiser merupakan sejenis cecair/ gel/ buih yang secara amnya digunakan untuk mengurangkan kuman pada tangan. Pengunaannya menjadi popular sekitar tahun 1990s.
Terdapat dua jenis hand sanitizer iaitu yang berasaskan alkohol (alcohol-based) dan yang bukan berasaskan alkohol (non alcohol-based).
Apakah bahan kimia aktif dalam ‘hand sanitizer’?
Bahan kimia aktif untuk hand sanitiser berasaskan alkohol ialah campuran bahan-bahan kimia isopropanol (isopropyl alcohol), ethanol (ethyl alcohol), atau n-propanol. Kandungan alkohol yang paling berkesan dalam membunuh kuman ialah 60-95%. Ini adalah yang disarankan oleh Food and Drug Administration (FDA).
Untuk hand sanitiser yang bukan berasaskan alkohol pula mengandungi bahan kimia aktif seperti benzalkonium chloride atau triclosan. Kandungan bahan kimia benzalkonium chloride yang dibenarkan ialah 0.1% sahaja. Ini kerana pada dos yang tinggi, ianya boleh merengsa kulit dan menyebabkan iritasi kepada mata. Ianya juga berpotensi menggangu sistem pernafasan, pertahanan semulajadi badan dan saraf.
Bahan kimia aktif triclosan pula disarankan 2% dalam formulasi hand sanitizer. Namun, masih lagi kontrovesi sehingga kini FDA telah menarik penggunaannya. Ini kerana keupayaannya yang boleh mengganggu sistem endokrin (hormon) badan. Pun begitu, ianya (dalam dos yang lebih rendah 0.10–1.00%) banyak digunakan dalam lebih daripada 2000 produk seharian kita termasuklah sabun mandi, shampo, deodorant, ubat gigi, cecair pencuci mulut dan sebagainya. Ianya dikatakan boleh menyumbang kepada masalah alam sekitar di mana dikuatiri berkumpul dalam air buangan seterusnya kembali dalam air minum kita.
Apa yang bagus tentang ‘hand sanitizer’?
Apa yang kita perlu ambil tahu tentang ‘hand sanitizer’?
Benarkah hand sanitizer membunuh bakteria baik di kulit?
Benar. Selain daripada kuman (aka bakteria,virus yang jahat), hand sanitizer juga akan membunuh bersama populasi bakteria baik yang terdapat secara semulajadi pada lapisan kulit kita. Bakteria-bakteria baik ini hidup secara simbiotik dengan membantu dalam menjaga kesihatan kulit kita. Mereka menghasilkan enzim untuk menguraikan sel kulit mati pada kulit dan aktiviti ini menghasilkan minyak yang membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit. Selain daripada itu, mereka juga berfungsi sebagai benteng pertahanan terhadap serangan kuman jahat tadi.
Pun begitu, kajian juga membuktikan kesan ini hanya seketika. Memandangkan bakteria yang baik ini berada pada semua bahagian kulit kita, maka mereka mudah kembali berpopulasi setelah dibasuh dengan air.
Kredit : Dr Fatimah Binti Salim, Institut Atta-ur-Rahman UITM, www.majalahsains.com
Kongsi: