KES BULI SAMPAI MATI..DUNIA MAKIN MAJU TAPI RAKYAT MAKIN MUNDUR?

       Semakin hampir dengan wawasan 2020, semakin banyak pula cerita-cerita jenayah yang kurang enak di dengar diseluruh Malaysia. Yang paling membimbangkan adalah kes buli dalam kalangan pelajar sekolah mahupun penuntut institusi tinggi. 

     

       Kes buli dalam kalangan pelajar bukanlah satu perkara biasa yang boleh kita anggap remeh. Kesan buli boleh membawa kepada pelbagai perkara buruk dan kesan yang mendalam terhadap mangsa dan juga orang sekeliling terutama keluarga mangsa. Yang paling menyedihkan adalah kes buli yang membawa maut. 

 

       Baru-baru ini kes buli sampai mati yang melibatkan seorang penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dipercayai didera rakan seuniversitinya. Ramai yang menggesa pihak polis memburu suspek kerana kes yang menimpa mangsa itu sangat kejam dan tidak boleh diterima akal.

 

                                         
 

      Mangsa pada awalnya dipukul dan dicederakan pada 13 Mei 2017 kerana dituduh mencuri komputer riba rakannya. 

        

Kongsi: