Terapis Spa Bekam Ar Rayyan Sertai "Emergency Response Course"

GOMBAK, 24 Ogos 2019 - Seramai 25 orang peserta terdiri daripada terapis dan ketua - ketua cawangan dari semua cawangan Spa Bekam Ar Rayyan di seluruh Malaysia telah menghadiri kursus "Basic Occupational First Aid, CPR & AED Training" selama 2 hari. Pihak pungurusan Spa Bekam Ar Rayyan telah bekerjasama dengan  CERT Academy dalam menjayakan kursus sepanjang 2 hari di sini.

 

Antara objektif kursus ini adalah memahami tugas dan tanggungjawab dalam pengendalian pelbagai jenis kecemasan dan bencana. Menjalani latihan "Basic Life Support" meliputi pengendalian CPR, pengenalan implan AED, kemahiran dan teknik menyelamatkan pesakit, rawatan pertolongan kecemasan dan pelbagai lagi.

 

Pihak pengurusan Spa Bekam Ar Rayyan amat menitikberatkan soal keselamatan dan kebajikan semua staff dan sering menganjurkan pelbagai kursus untuk memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Sepanjang 2 hari kursus ini berlangsung pelbagai manfaat dan ilmu baru yang telah peserta perolehi.

 

Menurut salah seorang pengurus cawangan Spa Bekam Ar Rayyan - Johor Bahru, En Mohd Zaki Melatusamsi " Kursus ini sangat bagus terutama sekali untuk kita mendepani masalah yang tiba-tiba berlaku di dalam spa atau di mana-mana sahaja. "Emergency respond" ini berkaitan dengan nyawa manusia, jadi pengetahuan tentang "response" itu sangat penting" ujar beliau ketika ditemuramah selepas menghadiri kursus selama 2 hari.

 

"Selama 2 hari saya belajar cara-cara untuk selamatkan nyawa orang dalam keadaan kecemasan, cara bertindak dengan cepat dan menyelamatkan nyawa dalam tempoh 4- 10 minit" , Anith Arina Bt Abdul Aziz, terapis dari cawangan Spa Bekam Ar Rayyan - Kajang.

 

Kursus yang bermula seawal jam 9 pagi, padat dengan slot teori dan praktikal berkaitan dengan pengendalian kecemasan dan keselamatan. Kemuncak kursus semasa slot " Mock-drill and Skill Assessment " kebanyakan peserta menjalankan aktiviti dengan penuh semangat dan bekerjasama dalam pasukan masing - masing.

 

Terapis antara golongan yang terdedah kepada risiko kecemasan semasa pengendalian pelanggan dan di tempat kerja. Setiap juru bekam perlu  menghadiri kursus ini untuk melengkapkan ilmu pengurusan tindakan kecemasan dan sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kecemasan dan bencana yang bakal dihadapi.

 

Pihak pengurusan Spa Bekam Ar Rayyan berharap semua peserta kursus memperolehi banyak ilmu yang bermanfaat daripada kursus ini. Segala ilmu dan pengetahuan yang telah diperoleh secara tidak langsung  dapat bantu meningkatkan lagi kemahiran peserta sebagai seorang terapis yang bertauliah dan profesional.

 

Jangan lupa layari www.spabekamarrayyan.com untuk mengetahui lebih banyak lagi info menarik mengenai bekam !!!

Kongsi: