Cara Selamat Urus Sisa Klinikal (Darah Bekam)

Apa itu sisa klinikal?

Sisa klinikal ialah sisa yang mengandungi sepenuhnya atau separa tisu manusia atau binatang, darah atau cecair badan, rembesan, darah atau lain-lain hasil farmaseutikal, swab, pencucian, syringes, jarum atau lain-lain peralatan tajam yang berkaitan dan diklasifikasikan merbahaya kecuali disahkan selamat.

Sisa-sisa lain hasil dari perubatan, perawatan, pergigian, veterinar, farmaseutikal atau amalan serupa, penyiasatan, rawatan, penjagaan, pengajian atau penyelidikan atau pendermaan darah yang mana boleh menyebabkan jangkitan.

Secara amnya sisa klinikal untuk industri bekam terbahagi kepada beberapa jenis iaitu sisa darah rawatan, peralatan tajam (jarum) dan peralatan pakai buang (disposable cup). Di Spa Bekam Ar Rayyan, aktiviti pengurusan sisa klinikal diuruskan oleh perawat bertugas dan akan diserahkan kepada agensi yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tujuan pelupusan.

 

Pengurusan Sisa Klinikal

Aktiviti pengurusan sisa klinikal di Spa Bekam Ar Rayyan melibatkan proses-proses seperti berikut:

 

  1. Kumpul & asing : Sisa darah bekam, jarum, cup pakai buang dan bahan berkaitan akan dikumpulkan ke dalam tong kecil sisa klinikal dan diasingkan mengikut jenis.

 

  1. Kutipan : Semua sisa klinikal daripada tong kecil akan dipindahkan dan dikumpulkan ke dalam tong besar sisa klinikal yang di simpan di dalam stor dan sentiasa bertutup.

 

  1. Penstoran : Sisa klinikal yang disimpan di dalam stor akan dipungut oleh agensi yang berdaftar untuk tujuan pelupusan.

 

  1. Pungutan : Setiap kali pungutan , agensi yang terlibat akan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak JAS dengan menggunakan kenderaan khas yang telah diwajibkan.

 

  1. Pelupusan : Semua sisa klinikal akan dilupuskan dengan selamat tanpa mengundang risiko terhadap keadaan sekeliling dan mematuhi semua prosedur yang ditetapkan oleh pihak JAS.

 

Sisa darah bekam di buang di dalam tong sisa klinikal (kecil)

 

Sisa klinikal dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam tong sisa klinikal (besar) di dalam stor

 

Sisa klinikal dipungut untuk proses pelupusan oleh agensi berdaftar

Modern Spa Clinical

Pihak pengurusan Spa Bekam Ar Rayyan amat menitikberatkan soal kebersihan dan pengurusan sisa klinikal selari dengan konsep syarikat iaitu “Modern Spa Clinical”. Pengurusan sisa klinikal yang mengikut SOP yang ditetapkan dapat mengurangkan risiko jangkitan dalam proses rawatan bekam.

 

TONTON VIDEO INI : Kat Mana Darah Bekam Di Buang !

BACA : Spa Bekam Ar Rayyan Dilengkapi “Sterilization Room” Untuk Menjamin Kebersihan Yang Terkawal.

 

Rujukan :

Pengurusan Sisa Klinikal, Fasiliti Kesihatan KKM, Seksyen Operasi Klinik Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kongsi: