Spa Bekam Ar Rayyan Dilengkapi “Sterilization Room” Untuk Menjamin Kebersihan Yang Terkawal.

"Sterilization Room" merupakan sebuah bilik khas yang menempatkan kesemua peralatan rawatan bekam. Peralatan bekam akan dicuci dan disimpan di sini. Bilik khas ini sentiasa berada dalam keadaan bersih dan dipantau oleh perawat bertugas.

 

Dua kaedah sterilisasi yang digunakan iaitu secara kimia dan radiasi. Peralatan rawatan seperti cup, pen jarum dan lain- lain diasingkan terlebih dahulu mengikut jenis untuk proses cucian. Sterilisasi secara kimia menggunakan cecair Aniosyme DD1 untuk membasmi virus dan bakteria berbahaya. Semua peralatan yang telah siap dicuci akan ditoskan sehingga kering dan akan dimasukkan ke dalam mesin “sterilizer” untuk melengkapkan proses pengeringan menggunakan “UV light” iaitu kaedah radiasi.

 

 

Kami menerima ribuan testimoni daripada pelanggan setia Spa Bekam Ar Rayyan dari seluruh Malaysia mengenai kebersihan pusat rawatan kami dan mereka amat yakin untuk mendapatkan rawatan bekam secara berterusan di sini. Setiap proses operasi rawatan menepati SOP yang telah digariskan dan digunapakai oleh semua cawangan Spa Bekam Ar Rayyan di seluruh Malaysia.

 

Untuk info lebin mengenai rawatan bekam layari Spa Bekam Ar Rayyan dan jangan lupa like media sosial Facebook & Instagram Spa Bekam Ar Rayyan.

 

Baca : Rawatan Bekam Mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Spa Bekam Ar Rayyan

Baca : ANIOSYME DD1 : Bahan Cecair Terbaik Untuk Membasmi Virus & Bakteria Berbahaya

Kongsi: