Wanita Kongsi Cara Buat Air Detoks Kempiskan Perut & Buang Angin Guna Teh Hijau

Jika perut anda buncit, apa kata cuba air detoks kempiskan perut ini. Selain berkhasiat kerana menggunakan teh hijau dan halia, ia juga dapat membuang angin dalam badan anda.

Bila usus dalam badan anda bersih dari segala toksin dan lemak, barulah mudah untuk anda menurunkan berat. Bukan hanya perempuan, lelaki juga boleh amalkan air detoks kempiskan perut ini.

Miera Johan berkongsi di page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) cara-cara nak buat air detoks menggunakan empat bahan mudah dari dapur sahaja.

DETOX 
Kita hari-hari pun makan macam-macam. Jangan lupa untuk detox badan kita. Saya percaya bila kita detox badan akan lebih sihat & bertenaga. Ecehhh.. 

Ni cara mudah saya detox badan. Hampir seminggu dah amalkan rasa ringan badan, perut pun dah kempis sikit sebab saya beranak operate 2x perut susah nak kempis sebelum ni. Angin-angin habis keluar. Bila sendawa & kentut-kentut rasa lega sangat. Takda la nak berangin je x tentu pasal. 

Bahan-bahan:
– Green tea cap boh 1 uncang
– Halba 1sb
– Halia suka hati nak buh banyak mana (lagi banyak lagi bagus)
– Air kosong 2 cawan

Note: Untuk kaum hawa kalau nak tambah manjakani/ kunyit pun boleh. Tapi kunyit tu x boleh minum hari-hari tau. 1-2 kali seminggu tu dah memadai. Suka wangi letak serai sebatang dua. 

Nak singkirkan darah kotor dan toksin dalam badan anda?? Jom saksikan VIDEO ini

Cara-caranya:

Rebus semua bahan sampai mendidih. Tunggu agak-agak dah suam-suam kuku. Minum. Nak tambah madu sikit pun ok . Bagus amalkan time perut kosong. Sebelum makan la ye.

Detox ni laki pompuan boleh je amalkan. Selain boleh detox badan, bawak keluar angin jahat, juga boleh turunkan berat badan. Yang penting konsisten. Tengah nasihatkan diri sendiri sebenarnya nih. Doakan saya pun mampu konsisten eh!

Untuk info lebih menarik layari Blog Spa Bekam Ar Rayyan

Kredit: Reselinda Maskulin

Kongsi: