SPA BEKAM AR RAYYAN ditubuhkan pada 2 Ogos 2015 sebagai pusat rawatan bekam berkonsepkan ‘MODERN SPA CLINICAL’ yang memberi jaminan keselesaan kepada pelanggan dan mengutamakan kebersihan dalam perawatan serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pada awal penubuhan bermula di Gombak (HQ) sehingga sekarang Spa Bekam Ar Rayyan telah mempunyai 25 cawangan di seluruh Malaysia. Kami mempunyai beberapa orang penasihat dari bidang perubatan dan fisioterapi bagi memastikan perjalanan operasi kami mengikut garispanduan yang betul.
Sebahagian terapis kami juga berpengalaman dalam bidang perubatan dan fisioterapi. Semua pekerja serta terapis adalah warganegara Malaysia. Pelanggan kami terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, lelaki dan wanita
OBJEKTIF
Memastikan segala aspek kebersihan dan garispanduan dalam kaedah rawatan dipatuhi serta kepuasan pelanggan menjadi keutamaan
MISI
Mengangkat amalan 'BEKAM' pada tahap lebih tinggi yang mana ianya dikenali sebagai salah satu amalan sunnah Rasulullah SAW, bersih serta selamat dan masyarakat menerimanya dengan positif
VISI
Kami berharap dengan adanya Spa Bekam Ar Rayyan, amalan berbekam semakin popular dan menjadi asbab masyarakat memilih bekam sebagai alternatif gaya hidup untuk penjagaan kesihatan mereka
SIJIL & KETERAMPILAN:
* SPA BEKAM AR RAYYAN telah berdaftar dengan 'Agensi Pengendalian Sisa Klinikal' seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
* Penggunaan 'Disposable Cup' juga telah diperkenalkan di setiap cawangan kami bagi memastikan setiap aspek kebersihan terjaga